Ingin berniaga online?? Cuba Niaga Kit
Powered by MaxBlogPress  
zool on December 4th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya si Zool nak bercerita pasal makanan lagi.. Ye lah waktu hujan-hujan ni perut mula lapar citer makanan kampung le yang menjadi topik best diceritakan..

Balik dari pejabat terpampang roti jala banyak-banyak, rupanya bapa saya nak bawak ke masjid untuk dimakan oleh jemaah masjid.. Mungkin ada sedikit kenduri di masjid selepas baca Yaasin.
Read the rest of this entry »

Tags: ,

zool on December 2nd, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Ada sihat ker?? Harap-harap begitulah..

Kejap je masa berlalu kan.. Dah bulan Disember 08.. Tak berapa hari je lagi akan ke tahun 2009.. Apa yang telah dicapai dan belum dicapai?? Masing-masing fikirlah sendiri..
Hari ni saya terasa nak menulis mengenai satu makanan jajan tradisional iaitu ‘Rempeyek’. Rasanya ramai dari kita (orang Kampung) yang mengenali makanan ni.. Memang makanan ni cukup ranggup dan sedap dimakan terutamanya ketika melayan Sinetron Sulaiman (dah abis citer dia.. Huhuhuhuhu).. Kalau Hari Raya Aidilfitri memang rempeyek akan disambar berbanding kuih moden yang lain.. Walaubagaimanapun ada mitos yang mengatakan bahawa kalau makan rempeyek akan timbulnya ohbulan ‘bulan’ dimuka.. Tak paham?? Ada orang kata kalau makan bebanyak rempeyek akan timbul jerawat di muka.. Tak tau le kebenarannya dari segi saintifik sebab muka saya pun memang banyak lubang-lubang.. Huhuhuhuhuhuhu…

Sambil-sambil tu bersama ini disertakan klip dari youtube mengenai cara buat rempeyek.. Amacam ada berani nak buat??


Gambar ini di cilok dari Saifulislam ( sori ye.. )

Tags: ,

zool on December 1st, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya yakin yang anda semua mempunyai blog/ website yang diminati.. Selain membaca blog-blog sendiri saya juga sering merayau-rayau menambah sedikit pengetahuan .. Berikut merupakan top 10 website yang sering di lawati..

1. Website bolasepak seperti 4thegame , Soccernet.com merupakan tempat yang sering saya kunjungi untuk mengetahui tentang maklumat terbaru mengenai pemain-pemain bolasepak Barclays Premier League.. Selain dari ianya untuk kegunaan blog bola ianya penting untuk proses pertukaran pemain dalam game yahoo fantasy soccer..:)
2. Akhbar online pula saya mengemari Kosmo.. Tak tau plak keistimewaannya cuma memang sering menjadi akhbar online yang pertama sekali dibuka.. Selain itu saya juga sering ke Malaysiakini untuk mengetahui perkembangan politik tanahair..
3. Disebabkan saya seorang pengemar katun manga/anime sudah pastinya pembacaan siri terbaru melalui online akan menjadi kemestiaan.. Biasa pada hari Jumaat saya akan ke onemanga.com kerana updatenya memang pantas…
4. Kalau tengok citer katun online pula saya menjadikan megavideo sebagai pilihan.. Ini kerana ianya lebih berkualiti dan banyak anime yang diupload kat situ berbanding youtube…
5. Friendster pula merupakan laman web komuniti yang menjadi tatapan harian.. Almaklumlah kat situ ramai kawan-kawan yang berkumpul.. Walaupun ada yang mengatakan ianya membuang masa tapi pedehal.. Jangan sampai melanggari tatasusila dan undang-undang sudahlah.
6. Analisa statistik pula saya lebih suka dengan statcounter, walaupun google analytics dikatakan lebih bagus namun kesimplean dan trafik yang ditonjolkan oleh statcounter lebih memberi semangat..
7. Gmail menjadi pilihan utama untuk melihat emel-emel yang mendatang.. Walaupun memiliki emel lain seperti yahoo, webportal.com.my, muchomail.com , emel ligakampung.com namun gmail tetap menjadi pujaan hatiku…
8. Maybank2u merupakan online banking yang sering dilawati terutamanya untuk membayar bil-bil dan juga melakukan pemindahan wang.. Saya yakin anda pun ada memiliki online banking bagi memudahkan kehidupan seharian…
9. Wikipedia adalah ensiklopedia dalam internet yang sering menjadi kunjungan untuk mendapatkan maklumat. Saya sering menggunakannya sebagai bantuan…
10. Last sekali sudah pastilah enjin carian terbaik iaitu google.. Rasanya boleh dikatakan hampir semua carian yang dilakukan untuk maklumat dalam blog ini adalah didapati setelah bertanya pakcik google… Terima kasih Sergei Brin dan Larry Page..

Bagaimana pula anda?? Takkan asyik gi blog je.. Mesti ada website/portal yang anda selalu layan untuk mendapat sesuatu..

Tags:

zool on November 30th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya hari ni saya dan adik-adik telah pergi ke bandar Tangkak.. Untuk apa?? Untuk menambahkan pendapatan penduduk Tangkak dengan membeli kain langsir di sana.

Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan bandar Tangkak ni mungkin mengetahui bahawa ia dipenuhi dengan kedai kain dan langsir. Memang sesiapa yang ingin mendapatkan kain langsir yang pelbagai dengan harga yang berpatutan, bandar Tangkak menjadi pujaan mereka. Penuh dengan kedai-kedai kain sampai tak tau nak singgah ke mana plak. Tetapi misi saya mudah, mencari kain langsir yang sesuai untuk menutup pintu sliding rumah saya.

Bagi memudahkan pergerakan saya ‘parking’ kereta berdekatan dengan ’stesen bas Tangkak’. Parking disitu lebih luas dan mudah untuk keluar berbanding parking ditepi jalan yang sedikit sebanyak menganggu perjalanan trafik disitu yang agak sibuk. Dan dengan bantuan adik saya yang berkebolehan dalam pemilihan kain langsir memudahkan proses tersebut.. Jadi kepada kakak-kakak dan makcik-makcik yang nak beli kain-kain murah bolehlah singgah kat Tangkak.. Pasti berbaloi.. Promosi negeri orang plak ari ni…
Ada sedikit cerita lagi
Read the rest of this entry »

Tags: , ,

zool on November 30th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya hari cuti perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya .. Tak bolehlah asyik mengadap PC je.. Nanti poning kepala.. Mata pun berpinau-pinau.. Hm. pasu bunga yang baru dibeli minggu lepas masih belum digunakan.. Dan biji benih yang dibeli pun masih belum terbuka.. Jadi apa lagi dalam waktu-waktu dingin lebih-lebih lagi hujan yang sering mencurah-curah sudah semestinya sesuai untuk bercucuk tanam.

Jagung ditanam dipasu.. Relevankah ?? Mungkin ramai dari kita sering melihat tanaman jagung ditanam di kawasan yang luas. Walaubagaimanapun kali ini saya ingin mencuba menanamnya dalam pasu.. Harap berjaya hendaknya.. Jika berjaya ia dapat membuktikan bahawa tanaman jagung untuk kegunaan sendiri juga boleh dilakukan di taman-taman perumahan..

Dan kali ini saya akan cuba mengeksperimentasikan tanaman tersebut dengan baja najis kambing dan air lebihan sabut kelapa.. Ini bagi memberikan rangsangan kepada proses tumbesaran jagung tersebut..

Okaylah, layan je gambar-gambar hasil usaha saya..
Read the rest of this entry »

Tags: ,