Keputusan separuh akhir Piala Thomas 2008
Ditulis oleh zool pada May 16, 2008 – 11:41 am -
Nampaknya harapan peminat badminton untuk melihat pemain Malaysia menjualang Piala Thomas masih jauh lagi..
Pemain negara tewas 2- 3
Perseorangan pertama:
LEE CHONG WEI kalahkan Lin Dan 21-12, 21-14.
Beregu Pertama:
KOO KIEN KEAT-TAN BOON Heong kalah kepada Cai Yun-Fu Haifeng 16-21, 17-21
Perseorangan kedua:
WONG CHOONG HAN kalah kepada Bao Chunlai 18-21, 7-21
Beregu kedua:
MOHD. FAIRUZIZUAN TAZARI-MOHD. ZAKRY ABDUL LATIF kalahkan Xie Zhongbo- Guo Zhendong 21-17,21-15
Perseorangan ketiga:
MOHD. HAFIZ HASHIM kalah kepada CHEN JIN 12-21, 16-21
Nampak gaya pemain seperti Wong Choon Han dan Hafiz boleh mengucapkan selamat tinggal pada kejohanan Piala Thomas tahun 2010.. Nampaknya mereka berada pada standard yang jauh berbanding Lee Chong Wei.. Diharap BAM dapat mencari bakat-bakat baru dan tidak terlalu bergantung kepada Lee Chong Wei manakala pemain beregu perlu meningkatkan diri untuk bersaing di peringkat antarabangsa,.. Hm tak tau nak komen apa lagi…
Tags: badminton, Malaysia vs China, Piala Thomas 2008
Posted in sukan | 2 Comments »
Pandangan Menteri Belia Sukan mengenai blog
Ditulis oleh zool pada May 15, 2008 – 2:34 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Membaca suratkhabar memang sesuatu yang sering saya buat ketika di rumah selain dari chating dengan kawan-kawan cyber.. Tatkala asyik membaca suratkhabar Utusan saya tertarik mengenai temuramah antara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob di mukasurat 10 sempena sambutan Hari Belia yang disambut pada hari ini.
Baca punya baca saya tertarik dengan satu kenyataan beliau yang akan menimbulkan kontroversi di kalangan blogger-blogger semua… Antara kenyataan beliau yang menyakitkan hati saya ialah :-

” Memang banyak blog yang negatif sebab kita tidak ada blog yang positif. Sekarang ni ada satu blog sahaja iaitu blog yang negatif“
Huhuhu.. Satu lagi kenyataan yang merendah-rendahkan martabat semua penulis blog .. Tidak pastilah sama ada ayat Menteri Belia dan Sukan itu salah ditulis oleh wartawan atau memang lahir dari mulut beliau… Saya amat kecewa sekali dengan beliau.. Sebagai seorang Menteri beliau perlu berhati-hati dalam sebarang kenyataan… Adakah benar semua blog negatif??
Dan adakah blog-blog motivasi, kesihatan, perniagaan internet yang wujud itu negatif.. oh.. pleaselah Datuk tolonglah kaji sebelum buat kenyataan… Mustahil dalam 500,000 blog itu tiada satupun yang menambat hati Datuk..
Saya amat berharap agar Menteri Belia dan Sukan bukan setakat hanya turun padang sebaliknya pandang2lah kepada komuniti blog dimana separuhnya adalah belia….
Tak percaya?? Baca di utusan online
p/s :- Ops.. Blog drkhir, chedet, rajaahmadzainuddin, muhammadtaib tu kiranya negatif juga le ek.. Er Dafi ada blog ke??? Negatif jugak ke???
Tags: bapa Dafi, blog negatif, kenyataan Menteri Belia dan Sukan
Posted in Blog | 11 Comments »
Lagi-lagi Isu beras
Ditulis oleh zool pada May 15, 2008 – 12:11 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Nampaknya tak habis-habis lagi si Zool ni nak cerita pasal beras. Saya sebenarnya rasa terpanggil untuk bersama-sama berkongsi tentang masalah beras ni.. Almaklumlah makanan ruji negara .. Jadi saya akan sentiasa ‘mengemaskini’ maklumat-maklumat terbaru terkini mengenai permasalahan beras yang makin meruncing bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh negara..
Source Pic :- Serambinews
Dalam suratkhabar Utusan Malaysia hari ini 1 mukasurat diperuntukkan untuk membicarakan tentang Isu Beras..
1. Tukar kelapa sawit dengan beras.. Kerajaan sedia menukar kelapa sawit dengan beras melalui kaedah dagangan tukar barang (sistem barter) dengan mana-mana negara pengeluar.. Hm.. satu cadangan yang mungkin agak bernas tetapi mahukah negara berikut berkompromi dengan kita?? Pandangan saya cadangan ini adalah baik namun untuk menyelesaikan masalah harga belum tentu berjaya.. Kenapa?? Kerana dasar mengimport sebenarnya hanya akan menyebabkan manipulasi harga boleh dilakukan oleh pihak satu lagi.. Antara beras dan minyak sawit sudah pastinya beras akan menjadi nilai yang lebih tinggi.. Sudah pastinya akan berlaku keterpaksaan dari pihak kita untuk menurunkan harga minyak sekaligus mewujudkan ketidaksamaan nilai perdagangan tersebut.. Pada saya cadangan ini lebih sesuai untuk jangka pendek sahaja..
2. BERNAS akan tanam padi.. Padiberas Nasional Berhad ( Bernas) akan meneroka bidang penanaman padi dalam waktu terdekat bagi memastikan pengeluaran beras Malaysia mencapai tahap sara diri penuh..
Er.. sebenarnya agak konfius sikit dan baru tahu bahawa Bernas hanya bertindak sebagai penjual dan pen’gred’ beras sahaja.. Memang amat menyedihkan … Sebuah organisasi yang besar tidak mengambil tahu dalam bidang penanaman padi sebaliknya hanya menjana keuntungan.. Patutlah ramai merungut… Harap Bernas perlu ambil tindakan secepat mungkin dengan menubuhkan R&D bagi memastikan pengeluaran di peringkat tempatan mencukupi sekaligus isu beras dapat diselesaikan..
Yang lain-lain berita mengenai pasar raya yang menaikkan harga dan isu-isu picisan mengenai beras habis walaupun harga naik..
Baca post saya sebelum ini untuk melihat isu-isu beras sebelum ni..
Tags: beras mahal, beras naik harga, Bernas, isu beras
Posted in kehidupan, pertanian | 1 Comment »
Streamyx hari ini dan review Majalah IM 4
Ditulis oleh zool pada May 14, 2008 – 2:19 pm -Assalamualaikum..
..
Alhamdulillah akhirnya Streamyx selamat meloloskan diri di komputer si Zool ni.. Dengan perkembangan ini nampaknya memberikan motivasi untuk saya menggerakkan diri dalam bidang pendapatan di internet.. Di harap usaha menyewa Streamyx ini tidak sia-sia dan akan membuahkan hasilnya..
Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa MajalahIM Isu 4 telah selamat dilancarkan.. Dan sedikit review dari saya, Zool ligakampung yang tak sehebat mana nie.. Saya telah selamat membaca MajalahIM dalam tempoh 2 jam.. Tapi belum sempurna pemahamannya..

Nak baca lagi??
Baca ayat-ayat seterusnya »
Tags: Majalah IM, streamyx
Posted in Blog | 2 Comments »
Kursus Penulisan Blog
Ditulis oleh zool pada May 13, 2008 – 12:13 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Wah sepatutnya saya menulis satu post sehari tapi nampaknya tatkala saya terbaca satu artikel di Utusan Malaysia perasaan teruja untuk menulis artikel ini secepat mungkin..

Source Pic :-http://www.blogohblog.com/
Berikut merupakan petikan dari suratkhabar tersebut.
” Shah Alam 12 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia memperkenalkan kursus berkaitan pengajian blog dalam usaha membantu pengendali laman blog lebih berwibawa dalam penulisan mereka. Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kebebasan media alternatif kini menakutkan kerana mereka boleh menulis tanpa kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika dan jarang sekali didakwa di mahkamah.
Bla.. bla .. bla..
“Saya menyokong sepenuhnya cadangan ini (kursus berkaitan blog). Ia amat kena pada masanya. Kita tahu mereka (penulis blog) sudah pandai tetapi ia perlu bagi membantu mereka menjadi blogger yang profesional dan beretika,” katanya..
Bla.. bla bla…
”Sesiapa sahaja (media alternatif) boleh menulis. Mereka tidak perlu mempunyai kepakaran dalam bidang pemberitaan, tidak tertakluk kepada etika pemberitaan dan jarang sekali didakwa di mahkamah. Kebebasan ini menakutkan,” katanya.
“
.. Sila klik untuk Berita penuh …
Seperti dalam katun Senyum Kambing. pertanyaan yang sama ingin saya kemukakan..Agaknya siapa yang akan menjadi pensyarah untuk kursus penulisan blog ni agaknya?? Adakah Datuk Kadir Jasin , SmartZul, Dikmal, Mail, Syamsularif atau mungkin si Zool ligakampung?? Huhuhuhu.. Menarik bukan?? Jika sebelum ini blog dipandang sepi tetapi kali ini ianya mampu mewujudkan ketakutan.. Apa yang ditakutkan dengan blog?? Adakah kuasa blog lebih bahaya dari majalah hiburan tanahair?? Majalah yang menonjolkan benda-benda yang tak patut ditonjolkan?? Atau lebih bahaya dari DVD dan VCD porno yang berada di merata tempat?? Wallahualam.. Mungkin saya kurang arif tentang ini.. Dan mungkin kawan-kawan pembaca lebih mengetahuinya….
Mungkin selepas ini blogger perlu menghadiri kursus untuk diijazahkan sebelum layak menulis… Huhuhuhuhu..
Tags: kursus blog
Posted in Blog | 22 Comments »
Pendapatan 5 angka?? Mustahil
Ditulis oleh zool pada May 13, 2008 – 3:32 am -Assalamualaikum.. dan salam sejahtera semua…
Nampaknya rumah bapa saya telah selesai dipasang ‘jubin’. Ini bermakna saya telah boleh meng’internet’ kembali dan insyaallah streamyx akan mencerobohi talian telefon 06-529****.. Huhuhuhu.. Harap2 berjaya hendaknya kerana banyak pelan tindakan akan dilakukan selepas ini..
Sambil-sambil membaca terjumpa blog wang cyber mengenai persoalan bolehkah mendapat 10K sebulan di internet.

Sudah pastinya post tersebut menarik minat saya untuk menimbulkan persoalan tersebut.. Benarkah saya boleh mendapat pendapatan sebanyak itu??? Memang mustahil jika
Ops klik ayat dibawah untuk meneruskan)
Tags: cari duit, pendapatan
Posted in Blog, santai | 2 Comments »
Kerja kureng tapi masyuk
Ditulis oleh zool pada May 11, 2008 – 1:03 pm -Assalamulaikum..
Salam sejahtera..Nampaknya hari ini (11.5.08) merupakan hari ibu.. Bagaimana agaknya perasaan ibu kita ?? Mungkinkah anda memberikan sedikit penghargaan kepada ibu kita.. ?? Atau mungkin anda terlupa untuk memberikan sedikit cenderahati kepada insan yang mengandungkan kita??
Sambil berfikir mengenai idea-idea dan menyusun ayat mengenai topik di atas saya juga mendapat sedikit info dari suratkhabar Mingguan Malaysia mengenai Asma.. Tanggal 6 Mei lalu merupakan Hari Asma Sedunia yang disambut pada hari Isninpertama bulan setiap tahun.. Dan sambutan peringkat Kebangsaan diadakan pada hari ini (11.5.2008).. Banyak info berguna dalam suratkhabar tersebut.. Di harap info ini dapat membantu individu yang mengalami asma terutamanya Cik F.. ![]()
Semoga sihat selalu..

Pic source :-http://arisblogger.googlepages.com
Okay cukup dengan review hari ini teruskan dengan topik di atas. Topik di atas tiba-tiba muncul dalam minda ini bila terkenangkan saat-saat ketika dalam zaman kegelapan ( ketika menganggur 2002-2004)… Memang terasa membuang masa betul ketika itu.. Alangkah baiknya kalau saya mengenal Internet Marketing ketika itu.. Sudah pastinya domain dan hosting penganggur.org yang pernah dibeli tidak disia-siakan.. Walaubagaimanapun perkara yang dilepas usahlah dikenang.. Teruskan kerja sambil berusaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup.. Insyaallah..
He he he dah mula melalut la ni.. Tanpa membuang masa anda berikut merupakan pekerjaan/perniagaan yang kurang popular tetapi boleh menjanjikan pendapatan agak lumayan..
1. Pengutip sampah… Ha?? ” Tak nak lah kotor, busuk jijik”.. Mesti ada antara anda yang akan mengeluarkan ayat berikut.. Tetapi itulah rezeki En. Mohd Yazid Sadri, 38 dari Jalan Jaya Setia, Bukit Kapar yang mampu mendapat pendapatan sehingga RM80 sehari.. Bayangkan beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai pengimpall di syarikat swasta.. Tinggi bukan pendapatan beliau.. Kalau dikira M80 x 20 (tolak 10 hari konon cuti) = RM1,600.. Wah pendapatan yang melebihi dari gaji seorang pekerja am di sektor kerajaan.. Malahan dengan nilai 10 sen sekilogram sampah yang dijual di Kaunter Pandu Buang dan Pusa Kitar Semula Majlis Perbandaran Klang(MPK) di Meru sudah pastinya mampu memberikan semangat kepada penduduk sekitar untuk mencari rezeki dengan sampah.. Bukan setakat menguntungkan ianya juga membantu membersihkan kawasan sekitar selain dapat membantu usaha Kerajaan mengurangkan kos-kos perkhidmatan syarikat-syarikat yang kadangkala tidak menjalankan kerja dengan baik.. Amacam ??
kepada mereka yang duduk di sekitar Klang apa kata bersihkan kawasan anda sambil menjana pendapatan.. Bila agaknya Majlis di tempat saya nak buat konsep camni?? Boleh gak join..
Sumber :- Harian Metro 11 Mei 2008
2. Membersihkan tangki air.. Sebenarnya idea ini saya dapat dari salah seorang pegawai yang berkhidmat di syarikat AIr Melaka.. Dah lama beliau memberikan pandangan tersebut.. Saya yakin di negeri yang besar telah wujud perniagaan seperti ini namun di Melaka masih tidak popular.. Mungkin ada yang bertanya ada market ke Zool?? Sudah semestinya ada kerana kebanyakan projek perumahan menggunakan tangki air yang dibekalkan pemaju.. Sudah pastinya ketidakrajinan dan ketidakberanian tuan punya rumah untuk memanjat siling rumah merupakan sebab utama untuk bidang ini diceburi.. Tak percaya?? Cubalah..
3. Penulis upahan untuk blogger.. Rasanya mesti ramai yang tertanya-tanya.. “Eh ada ke kerja penulis blog??” Ye memang ada . Terdapat blogger-blogger yang mengupah ‘penulis upahan’ bagi memastikan blog mereka sentiasa dikemaskini.. Dan dengan hanya menulis anda mampu menjana pendapatan. Betul tak syam?..:)
4. Tonto. Ops.. ni salah dari segi undang-undang dan agama …Jangan dibuat . Kena tangkap gua tak tau..
Rasanya banyak lagi kerja-kerja yang kurang popular yang boleh anda nyatakan di sini.. Mungkin ada yang tengah mencari-cari idea untuk mencari duit boleh menggunakan maklumat tersebut.. Dan kepada anda yang masih mencari, jangan risau rezeki untuk anda pasti ada.. Usaha tangga kejayaa.. ADIOS..
Adoi tangan sakit plak 2-3 ari ni angkat banyak barang..
Tags: cari kerja, kaya
Posted in kehidupan | 12 Comments »
Melawat Penternakan Cacing
Ditulis oleh zool pada May 10, 2008 – 3:33 pm -Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua..
Semoga kesihatan anda bertambah baik…
Pada petang tadi, Sabtu ( 10.5.2008) saya bersama adik saya pergi melawat tempat penternakan cacing.. Tempat penternakan cacing yang memang ringkas dan mudah..
Nampaknya banyak tempat di negeri Melaka yang telah melakukan penternakan di Negeri Melaka.. Rupa-rupanya dah ramai yang menceburi bidang ini selain dari penternak muda, acai..
Banyak rupanya yang dapat saya pelajari hari ini, bagaimana cara-cara menternak cacing dengan baik.. Mereka yang berpengalaman lebih dari setahun memberikan sedikit motivasi kepada saya.. Kenapa?? Kerana kaedah penjagaan cacing mudah berbanding dengan penternakan haiwan lain..
Yang menariknya penternakan ini dilakukan secara sambilan sahaja tanpa meninggalkan kerjaya .. Dan hasilnya sungguh menarik.. Melalui pasaran sekarang harga 1 kg cacing adalah sekitar RM450.00 .. Pergh tak ke banyak tu… Malahan melalui penjelasan pakar-pakar cacing tersebut mereka memberikan makanan kepada cacing tersebut sekali dalam tempoh sebulan..
Apa dia makanan cacing tersebut?? Tahi kambing dan hampas papan.. Mudah bukan, tak perlu berbelanja terlalu mahal untuk si cacing ni.. Lebih murah dari menternak kucing-kucing ..
Selain itu pertanyaan memuaskan hati saya namun kajian perlu dilakukan dan keputusan tidak boleh terburu-buru kerana ianya perlu dilakukan berdasarkan beberapa aspek..
Anda berminat???? Boleh menghubungi :-
..
ZAWS AGROTECH
Bangunan Unit Peladang,
Jalan Gaung Kundang
Kampung Tehel,
77200 Melaka.
http://ternakancacingmelaka.blogspot.com/
zaws.agro@yahoo.com
Suhaimi
019-6348574 / 019-6501125
Ini merupakan gambar-gambar yang saya ambil ketika melawat pusat penternakan tersebut…



p/s :- Gambar tak berapa cantik.. Kamera dah nak expired…. Wargh !!!
Tags: ternak cacing
Posted in pertanian | 14 Comments »
Jutawan Fantasi
Ditulis oleh zool pada May 10, 2008 – 4:48 am -Assalamualaikum.. Okaylah cukup dengan beremosi dan perlu lebih bermotivasi untuk menghasilkan artikel-artikel yang lebih memberikan sesuatu kepada pembaca semua.. Hari ini nampaknya masih terpaksa ke CC.. Streamyx tidak dapat dipasang kerana rumah bapa , yang dihuni sedang melakukan renovation.. Pemasangan ’tile’ di hadapan rumah menganggu tempat saya berkarya…
Entah kenapa secara tiba-tiba terasa untuk menulis mengenai jutawan.. Tetapi bukanlah jutawan internet, sebaliknya jutawan yang menggunakan daya fantasi dan imaginasi yang cukup hebat untuk menjadi seorang yang terkenal dan semestinya kaya… Bersama-sama ini saya kongsikan 3 jutawan fantasi yang cukup dikenali di seluruh dunia..
Nak teruskan??
Baca ayat-ayat seterusnya »
Tags: fantasi, jutawan
Posted in manusia | 11 Comments »
Terkedu hari ini.
Ditulis oleh zool pada May 9, 2008 – 3:00 pm -Assalamualaikum.. Sebenarnya hari ini agak tertekan namun disebabkan oleh tuduhan melulu seseorang.. Memang ianya sedikit sebanyak menganggu mental dan fizikal.. Dan jujurnya saya terasa tekanan fizikal di otot-otot saya ketika itu.. Saya akui memang mudah mengalami tekanan dan kadangkala terbawa ke mimpi. Terima kasih kepada En. Zul, En A, En S, Cik S, Pn Z, Pn R, En I (bakal usahawan sms), En M dan EN F rakan sepejabat yang memberi sokongan moral ( Nama-nama asal tidak dipaparkan atas sebab-sebab keselamatan)… Kalau diberi kebenaran mungkin saya akan paparkan….Sekalung terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menerima sms saya. Ada juga yang memberikan nasihat seperti ktom , KPSU (PA), CD PEG BELIA, anggerik desa, firus, SAM, cik S, cik F.. Yang lain-lain yang menerima sms minta maaf lah kalau sms tersebut menganggu.. Saya memang camtu… Kalau tension memang sms kawan-kawan.. Bukanlah ingin dapatkan penyelesaian cuma mendapat sedikit simpati rakan2…
Memang agak terkedu pada hari ini dan rasanya elok kiranya saya mengambil pendekatan untuk merehatkan minda pada malam ini… Sepatutnya ketika ini saya sedang bermain Futsall di Sport Planet di CHeng dengan ahli futsal PKNM tetapi emosi yang menganggu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berada di rumah.. Ye lah nak ke gelanggang futsal tu lebih kurang 40 minit.. Dengan tiadanya lampu di kawasan lebuhraya Krubong tu rasanya baik saya duduk di rumah.. Almaklumlah dengan kadar penglihatan yang tidak baik ditambah emosi yang terganggu pastinya saya tidak mau mengambil risiko.. Tekanan sedikit sebanyak memberi kesan pada badan ni.. Adoi.. Harap2 saya dapat menangani masalah tersebut minggu depan..
p/s :- Kalau tiada masalah esok mungkin saya akan memiliki Streamyx dan kalau tiada halangan mungkin esok saya akan melawat sesuatu tempat menarik.. Mana tu?? Tunggu….
ADIOS.. Arigato Koizaimas…
Posted in Uncategorized | 11 Comments »













