Obses tentang cinta
Ditulis oleh zool pada August 25, 2008 – 12:20 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Mungkin anda semua sering terbaca tajuk yang hampir sama. Malahan syam(aeropama) pun penah buat tajuk mengenai obsesi cinta.. Tetapi walaupun hampir sama tajuknya sudah semestinya berbeza dari pengolahannyakan syam??

Sebenarnya saya ada mendapat sedikit pendapat dari rakan-rakan di internet sebelum menulis.. Almaklumlah saya bukanlah pakar cinta tapi dengan pandangan mereka-mereka insyaallah artikel mengenainya dapat ditulis.. Sudah semestinya setiap persoalan akan ada pro dan kontranya.. Ada individu yang akan mempertahankan tentang perihal betapa setianya cinta dengan pasangannya. Dan sudah pasti ada yang akan menyanggah dan mengkritik. Saya tertarik dengan pendapat salah seorang rakan saya yang berbunyi seperti ini :-
cinta yg hakiki hanya utk DIA. cinta sesama manusia xkan kekal..jd sewajarnya kita tahu mana batasan yg perlu. ada pepatah mengatakan..’jgn terlalu cinta pd seseorg, bimbang nnti kamu akan mbencinya..dan jgn pula kamu terlalu mbenci seseorg kerana bimbang kamu akan mencintainya..’. klau terlalu obses tentang cinta…bimbang kita akan hilang pertimbangan diri dan kewarasan akal kerana bila terlalu obses..kita akan buta mata dan pekak telinga. jd mcm mn ptmbngn yg rasional blh dibuat???
Memang mendalam sekali pendapat yang beliau nyatakan. Memang kita sebagai manusia kadangkala terlalu obses kepada cinta manusia hingga lupa padaNya.. Lupa pada perkar yang dibenar dan tidak dibenarkan. Malahan bukan setakat lupa pada Allah kadangkala rakan-rakan sebilik pun boleh dilupakan ( pengalaman seorang x-blogger terkenal..)..
Walaubagaimanapun semuanya pendapat masing-masing .. Akhir kata.
” Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut bersuara , ada otak??? Lu pklah sendiri
p/s :- Satu kaedah cari traffik ni.. Almaklumlah kadar traffik dah statik je.. Kena cari keyword yang ada market..
Tags: cinta, jiwang
Posted in manusia | 12 Comments »
Hari Keluarga Jabatan
Ditulis oleh zool pada August 25, 2008 – 1:09 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan semua..
Sebelum saya bercerita mengenai hari keluarga Jabatan, mula-mula nak berkongsi sedikit kejadian biasa yang berlaku untuk renungan bersama.. Semalam ketika bermain bowling di Mahkota Parade tanpa disedari saya telah tercicir satu kertas.. Belum sempat saya mengetahui yang saya keciciran kertas tersebut tiba-tiba munculnya seorang budak lelaki ‘Cina’ yang datang memulangkan kertas tersebut.. Ketika beliau memulangkan kertas tersebut saya jangkakan bahawa beliau jumpa di dalam pusat bowling tapi agak mengejutkan bahawa beliau terus turun ke eskelator. Maknanya??? Ini bermakna beliau mengejar saya dari tingkat bawah.. Kagumnya kesungguhan beliau.. Rasanya tak ramai dari kita yang akan memulangkan sehelai kertas yang tidak berapa memberi makna.. Tetapi sebenarnya kertas tersebut merupakan kertas waranti ‘kamera digital’ saya yang rosak.. Huhuhuhu.. Kalau tak jumpa tak boleh nak ‘claim’ nanti…. Huhuhuhuhuhuhu.. ‘ Xie xie ni ‘ kepada beliau walaupun beliau mungkin tak membaca blog ni… Okay terus kepada kisah makan plak..
Baca ayat-ayat seterusnya »
Tags: hari keluarga Jabatan, ikan bakar Melaka, Melaka
Posted in Uncategorized | 3 Comments »
Hari Sabtu yang biasa
Ditulis oleh zool pada August 23, 2008 – 12:38 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ligakampung.
Hari ni tiada perkara yang menarik cuma baru je lepas mengambil ujian peperiksaan khas memasuki perkhidmatan awam gred 41… Seperti biasa saya datang awal, pukul 8.00 dah tercongok di King’s Hotel. Pengawas peperiksaan pun belum sampai lagi. Tapi takpelah biar sampai awal, tak terkejar-kejar nak cari tempat duduk nanti..
Pukul 9.00 peperiksaan pun bermula.. Wah, muda belia dan cun juga ketua pengawas.. Ops dah silap fokus tu.. Peperiksaan yang mengandungi 6 bahagian ini memang mencabar. Bermula dengan soalan pengetahuan am, menyelesai masalah, kefahaman, esei B. Melayu, esei B.Inggeris dan sahsiah diri.. Semuanya dijawab dengan bersungguh-sungguh..Nak diceritakan tengah khusyuk menulis kain alas meja tu pula mengelongsor.. Adoi haru je. Habis selesai sudah peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan gred 41.. Samada saya dapat atau tidak kita tengoklah camne nanti..
Baca ayat-ayat seterusnya »
Tags: Fotokem, PC World, peperiksaan
Posted in santai | 3 Comments »
Final Piala Malaysia 2008
Ditulis oleh zool pada August 22, 2008 – 2:50 pm -Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama rasanya tidak berbicara tentang bolasepak di negara kita. Sedar tak sedar nampaknya Piala keagungan bolasepak di negara kita bakal di julang malam ini.. Disebabkan demam Olimpik ramai dari kita yang tidak tahu bahawa Kedah dan Selangor akan menentukan juara pada 23 Ogos 2008 ini bertempat di Stadium Nasional BUkit Jalil pada 8.50 malam..
Sebenarnya saya tidaklah mengikuti sangat perkembangan Piala Malaysia tapi tentangan sengit yang diterima oleh Kedah dan Selangor pada separuh akhir menunjukan betapa sengitnya pertarungan PIala Malaysia tahun ni. DIharap kedua-dua pasukan dapat menunjukan persembahan yang bagus dan mampu meningkatkan mutu permainan bolasepak di negara kita.
Walaupun esok ada perlawanan EPL harap-harap kita tengoklah dulu perlawanan Piala Malaysia antara 2 gergasi bolasepak tempatan..

melawan

Kredit Gambar untuk :- RepublikKata
Siapa yang akan menjulang
??? Kita saksikan je di stadium atau di kaca TV.
—————————————
Update 23.8.08 10.51 mlm
Kedah 3 Selangor 2
Marlon Seator
Nelson Safee
Fadly
Tags: bolasepak, Final Piala Malaysia, sukan
Posted in bolasepak, sukan | 7 Comments »
Ujian Memasuki Perkhidmatan Awam
Ditulis oleh zool pada August 22, 2008 – 1:39 am -Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan…
Mungkin terdapat dari anda yang akan menghadapi ujian memasuki perkhidmatan awam pada esok (23.08.2008).. Saya pun akan bersedia dengan pensel, pemadam dan pen untuk ujian tersebut..
Sebenarnya agak lama tidak menghadiri ujian tersebut.. Setelah ‘frust’ dengan kegagalan sebelum ini saya tidak lagi memohon di spa.gov.my . Namun setelah berfikir cuba-cubalah juga.. Mana tau, untung sabut timbul untung batu tenggelam kan.. (Eh tenggelam untung ker??? Betul ke pepatah ni??)..
Bercerita tentang ujian yang bermula dari pukul 9.00 - 4.30 petang ni ianya akan menggunakan segala pengetahuan dan ilmu-ilmu.. Soalan tak semesti berkisar tentang perkhidmatan awam sahaja sebaliknya pengetahuan am pun perlu diketahui.. Jadi kepada sesiapa yang akan menghadapi ujian ni.. Jomlah sama-sama kita baca buku ‘Malaysiakini’ ‘Malaysia Kita’ yang mempunyai banyak perkara mengenai pentadbiran perkhidmatan awam…
Tak silap saya ada beberapa bahagian iaitu objektif dan esei.. Dahlah tak tau nak tulis apa-apa lagi.. Semoga berjaya hendaknya…
Tags: kakitangan awam, PTD, ujian
Posted in kehidupan | 8 Comments »










